Asssalamualaikum dan salam sejahtera...

Mungkin ada tertanya, apalah tajuk pos kali ini seperti pelik sahaja bukan? Emmm... mungkin pelik sebab dia percampuran dua bahasa. Iaitu, bahasa Melayu dan Inggeris. Apa yang 'nothing'? dan apa yang 'beautiful'? itulah yang saya ingin ulaskan. Jika kita lihat pada gambar yang saya sisip di blog ini. Sudah pasti ianya berkaitan dengan cinta.

Hari ini, mungkin perkahwinan yang dirancang oleh keluarga seperti perkahwinan orang dulu-dulu sudah tidak berlaku. Remaja zaman ini lebih gemar mencari pasangan sendiri. Tidak dinafikan, kadangkala pilihan kita itu tepat dan membawa kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Dan ada juga yang terputus di tengah jalan. Di sini saya bukan mahu ulas lebih lanjut mengenai hal jodoh. Kerana kita semua sudah tahu, jodoh pertemuan, ajal dan maut sudah ditentukan sejak azali lagi. Ketentuan yang kita tidak boleh elak sehingga nyawa terpisah dari badah.

Isu yang saya akan kupas berkaitan dengan hal mencari seseorang atau cinta yang benar-benar bahagia berlandaskan tujuan yang dikehendaki. Cinta kerana nafsu semata-mata adalah cinta yang perlu dijauhi kerana cinta sebegini tidak pernah kekal. Sekejap ada dan sekejap tiada seperti bisukut cips. Bila ketandusan nafsu hubungan kembali erat. Bila sudah puas, hubungan renggang begitu sahaja. Kita tidak mahu hubungan sebegitu kerana hubungan sebegitu amat menyakitkan. Jalani hidup bahagia dengan apa juga perasaan, Insyaallah akan bahagia berpanjangan. Jika tidak berpanjangan pun di sebabkan ketetapan norma kehidupan, sekurang-kurangnya kebahagiaan itu bisa dikecapi semanis dan semaksimanya. Dan bukan tatkala 'gersang' baru diperlukan. Mari kita masuk ke topik yang sebenar.




Yang mudah itu 'nothing'!

Apa yang mudah? Apa yang 'nothing'? Nothing jika dialih ke bahasa Melayu menjadi, 'tiada apa-apa' atau istilah yang saya ingin gunakan disini adalah 'tiada makna'. Ianya masih berlandaskan perasaan dalam mencari atau menilai seseorang yang bakal kita cintai. Pernahkah kita alami cinta ekpress atau cinta segera? Baru kenal hari ini, kita mula tertambat hati hanya kerana keperibadiannya menarik, wajahnya indah dan sikapnya yang peramah? Pernah alami perasaan begitu? Bila masing-masing 'single' terus declare sebagai pasangan bercinta kerana kita merasakan insan yang kita tunggu-tunggu selama ini sudah kita temui. Masing-masing tanpa berfikir panjang terus sahaja declare tanpa mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu.

Dari pendapat saya mengikut pengalaman yang ada. Kebiasaannya, hubungan cinta segera ini tidak akan membawa apa-apa makna kelak bila hubungan itu terputus. Tiada kenangan indah dapat disisipkan. Itulah yang saya maksudkan di sebalik ayat di atas. Yang Mudah di miliki itu, kebiasanyaan tidak membawa kenangan yang mendalam suatu hari nanti. Just nothing! Jadi, janganlah terlalu laju atau pantas menerima seseorang itu sebelum mengenali hati budinya. Apa yang pasti cinta segera ini biasanya cinta yang berteraskan nafsu semata-mata. Tapi tidak semualah. Ada juga yang akhirnya membawa kebahagiaan yang berpanjangan.


Yang sukar itu 'beautiful'!

Pernah atau tidak anda perlu berusaha untuk memiliki seseorang? Atau memiliki sesuatu? Kita perlu berusaha dari segi mental, tenaga, hati dan perasaan. Sudah pasti anda semua pernah alaminya bukan? Kerana, apa yang kita inginkan di dalam dunia ini tidak semua boleh kita dapat. Tapi janganlah kerana mengejar sesuatu yang kita tak akan dapat, menyebabkan kita mengabaikan permata yang berkilau di hadapan mata.

Memiliki sesuatu itu dengan usaha yang jitu dan gigih, hasilnya pasti memuaskan hati. Pasti membawa seribu kebahagiaan yang boleh dihisap bersama. Kebiasaannya, hubungan yang memerlukan pengorbanan hati dan usaha ini lebih membawa maknya dihujungnya. Kelak bila hubungan itu tidak berpanjangan, pasti ada kenangan yang terindah boleh dikenang. Saat-saat suka duka semasa ingin meraih cintanya. Saat getir memupuk perasaan menyukai si dia. Pasti semua itu akan menjadi kenangan yang terindah di dalam hidup anda. Tidak banyak, sudah pasti sedikitnya ada. Insan yang boleh membawa kebahagiaan kepada kita adalah insan yang boleh menangis, ketawa, gembira dan berkongsi bahagia bersama. Insan yang perlu pengorbanan untuk bersama.

Itulah yang saya maksudkan di sebalik ayat ini 'Yang sukar itu 'beautiful'!'. Yang sukar itu selalunya membawa keindahan (beautiful dalam BI) dihujungnya. Ingat kalian semua, di dunia ini hidup penuh pancaroba. Kita sudah ditekankan sejak kecil dengan kata-kata ini. Berusaha + berdoa + tawakal = keberhasilan. Tiada sesuatu itu mudah diperolehi tanpa usaha. Nescaya sesuatu yang dimiliki itu mudah diperolehi, pasti mudah jualah dilupakan. Sesuatu yang sukar untuk dimiliki itu dan bila sudah berjaya dimilki, pasti sukar untuk dibuang atau dilupakan suatu hari nanti. Jadi, renung-renungkan...

Wassalam...



0 ulasan:

Catat Ulasan