Assalamualaikum.... & Salam sejahtera...

Semenjak ada blog sendiri ini. Kerjanya asyik mahu luahkan perasaan sahaja di blog mengenai keindahan perasaan. Mungkin ada yang mengatakan saya jenis jiwang dan jiwa-jiwa. Tetapi, saya tidak kisah kerana itu adalah diri saya. Itulah saya dan saya mencuba menjadi diri saya di dalam blog ini.

Tajuk entri kali ini nyata-nyatanya khas untuk yang merindu dan dirindu. Sesiapa sahaja di dunia ini pasti pernah merasakan perasaan rindu. Rindu juga boleh diluahkan dan ada jugak hanya dipendam. Rindu boleh diluahkan dengan pelbagai cara melalui pelbagai medium, pendekatan dan alat. Rindu satu perasaan yang cukup indah. Tetapi, ada juga yang merasakan rindu itu menyakitkan.

Post kali ini saya ingin berkongsi dengan kalian semua mengenai rindu yang indah dan rindu yang menyakitkan. Sekadar berkongsi sedikit pengalaman yang saya ada. Mungkin ada banyak sebab rindu yang indah itu boleh menjadi menyakitkan. Tetapi di blog ini saya hanya meluahkan sedikit sahaja. Jika ingin diluahkan semua pasti tidak cukup pula masa dan ruang yang ada. Rindu yang ingin saya ulas berkaitan dengan rindu sesama manusia yang bercinta.

Bila Rindu Itu Indah.

Bila masakah rindu itu sangat indah dan membahagiakan?

Bila insan yang kita rindu itu turut merindui kita. Bila insan yang kita rindui itu menyatakan 'saya rindu awak' melalui SMS, Panggilan telefon, YM, FB dan sebagainya. Sesungguhnya tiada yang mengindahkan hati kita bila insan yang kita rindui turut merindui kita. Lebih-lebih lagi insan yang kita rindui itu adalah insan yang kita cintai. Pasti akan membahagiakan.

Jangan sangka, bila dia senyap dia tidak rindu kita. Sesungguhnya, rindunya lebih mendalam dari rindu anda yang sering menuyebut-nyebut tentang kerinduan anda.

Rindu tidak pernah kenal jarak dan usia. Rindu tidak kenal jantina dan punca. Rindu sesuatu yang universal. Subjektif. Yang boleh diletakkan di mana-mana. Rindu kawan, keluarga, ayah dan ibu, dan sesuatu. Semua itu adalah rindu.

Rindu yang indah adalah bila kita dapat melepaskan kerinduan itu. Nikmatnya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.



Bila Rindu Itu Menyakitkan...

Bila rindu kita tidak berbalas. Kita setiap hari hantar kata rindu pada si dia. Namun, sekali pun dia tidak pernah melepaskan kata rindu. Rindu itu amat menyakitkan. Kepada anda yang sudah memilik insan tersayang. Janganlah anda mengabaikan nota atau SMS kata rindu insan tersayang anda. Kerana, setiap kali kamu mengabaikan sms rindunya tanpa membalas kata rindu juga. Nescaya kamu sudah mengores hatinya tanpa sedar. Dia akan merasakan dirinya bagi terhegeh-hegeh merindui anda.

Ini khas untuk lelaki yang tinggi egoisnya. Rutuhkan sedikit egois anda untuk insan yang menyayangi anda. Tidak hilang kemachoan anda jika anda menaip ' I Miss You' pada insan yang mencintai anda walaupun diri anda masih belum bisa menerima dirinya sepenuhnya. Jika ungkapan itu disebut berulang kali. Insyaallah, perasaan sayang kamu pasti akan melekat pada dirinya suatu hari nanti.




Bila insan yang dirindui terlalu jauh. Rindu ini juga menyakitkan. Setiap hari terpaksa merasakan perasaan rindu yang sangat kuat. Namun tidak boleh dibayar disebabkan jarak. Tetapi rindu ini tetap diseliti rasa indah kerana rindu itu tanda mengingati. Rindu itu tanda menyinta. Rindu itu tanda sayang. Jadi, rindulah insan yang menyayangi dan mencintai kamu sedalamnya seperti dia merindukan kamu...

Renung-renungkan....

Wassalam...



0 ulasan:

Catat Ulasan