

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Tergetar-getar juga tangan ini ingin menaip sebenarnya. Yalah, ini adalah post pertama saya di dalam blog yang baru dibuka ini. Selama ini saya selalu mendengar blogspot. Dan menganggap blogspot ini sesuatu yang sangat melecehkan. Saya suka membaca blog orang sahaja. Tapi, bila semakin hari semakin seronok melihat blog rakan2 yang semakin berkembang membuatkan saya berminat untuk berkongsi apa yang saya minat di dalam blog. Apa salahnya mencuba. Selagi kerajinan ini masih ada. Jadi, cubalah menaip untuk tatapan pembaca yang entah ada ntahkan tidak ini.
Pertama di blog ini saya ingin berkongsikan tentang novel terbaru yang baharu sahaja saya selesai baca. Novel yang saya maksudkan adalah CUCUR BAWANG & KOPO 'O'. Tajuknya sahaja sudah unik dan menarik. Mempunyai aura tersendiri. Membaca tajuknya sahaja sudah membuatkan kita terfikir, sudah pasti novel ini berkisarkan tentang cucur bawang dan kopi 'o' dan terfikir apa kaitan novel ini dengan dua jenis makanan itu.
Sejujurnya, pada bab satu cerita ini pun sudah ada plot komedinya. Pertembungan watak utamanya telah ditemukan dengan satu tragedi masam muka bila heroinnya, Rudiana melanggar kereta hero, Iskandar semasa dia seding melarikan diri dari abang penjual cucur bawang. Kerana lapar, Rudiana yang berperwatakan sedikit kasar ini telah mencuri cucur bawang dari gerai berhampiran untuk mengisi perutnya.
Dari perlanggaran kecil itu membuatkan mereka bergaduh-gaduh manja. Yang paling perit bila Rudiana memukul celah kelangkang Iskandar dengan lututnya menyebabkan lelaki itu benci dengan Rudiana. Bab satu sahaja, saya baca dah tergelak-gelak. Bahasa yang digunakan si penulis sangat santai tidak memerlukan kefahaman sastera yang terlalu tinggi.
Saya tak nak cerita keseluruhan tentang novel ini. Ttidak adillah pada mereka yang belum baca, bukan? Jadi, saya mengulas sedikit sahaja mengenai novel ini. Apa yang pasti di dalam novel ini, tidak menerapkan unsur percintaan semata-mata. Mungkin ramai yang sudah terbiasa dengan novel atau cerita sebegini. Kahwin kontrak. Tapi penggarapan penulis yang menyeliti unsur suspen, komedi, romantik dan ruangan sakit hati bila munculnya watak jahat. Membuatkan emosi pembaca sentiasa bergolak dengan pelbagai perasaan.
Dari suka berukar, romatis. Dari romantis betukar pula sakit hati. Dari sakit hati bertukar pula sedih. Macam-macam emosi ada di dalam novel ini. Bergaul menjadi satu. Bukan setakat unsur percintaan sahaya di terapkan. Unsur persahabatan, kekeluargaan dan setiakawan juga tetap ada di dalam novel ini. Boleh dikatakan pada peminat novel cinta komedi romantik, novel ini sebuah naskah yang harus anda miliki. Ketebalannya hanya 709 muka surat. Mungkin tebal bagi sesetengah pembaca. Tapi bila anda sudah mula membaca, sukar untuk berhenti bila rasa suspens itu terus muncul dari bab ke bab yang lain.
Novel ini novel happy ending. Walaupun hujungnya kita sudah dapat menebak apa akan berlaku. Tetapi, suspen dan konflik yang tercetus di dalam novel ini benar-benar mendebarkan. Tahniah kepada penulisnya. Jika ingin berhubung dengan penulisnya melalui Facebook boleh hubunggi beliau di sini > Hasrudi Jawawi Official Facbook dan official FanPage Rudi Zone dan Official Blogspotnya, Rudy Zone.
Lima bintang untuk novel ini. Novel ini juga sudah berada di carta MPH Bestseller di tempat pertama tiga minggu berturut. Dan sudah enam minggu berada di carta TOP10 sehingga 13 Mac 2011.

0 ulasan:
Catat Ulasan