Erti bertolak-ansur ialah tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata,baik dalam mengadapi apa jua masalah kehidupan,tanggungjawab serta tugas yang diamanahkan.Atau dengan lain perkataan lagi,tidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain.
Orang yang bertolak ansur tidak suka membalas dendam sebaliknya mudah memaafkan kesalahan orang.Dengan bertolak ansur,akan terjalin keharmonian hidup.
Pergaduhan dan perkelahian mudah berlaku daripada orang yang tidak bertolak ansur.Aktibatnya,timbul perasaan ingin membalas dendam dalam diri masing-masing.Sifat membalas dendam ini sangat tidak digemari oleh Islam.
Islam sebaliknya menyuruh kita bertolak ansur kerana dengan bertolak ansur,akan terhasil keharmonian hidup bermasyarakat.
Tapi pos kali ini saya nak membincangkan tentang erti bertolak ansur dalam percintaan. Mungkin berulang kali kita dengar kisah percintaan yang berlaku berat sebelah. Tiada give and take, cinta tidak berbalas, pasangan tidak sehaluan dan sebagainya. Tapi, pernahkah anda fikir punca di sebelaik permasalahan itu?
Semua orang asyik di lamun cinta. Semua orang seronok di lamun cinta. Gembira dan asyik berbahagia. Tapi, pernahkah anda dilanda kebosanan, ketertekanan dan mengalami gelodak jiwa bila anda merasakan diri anda bagai terlalu beria sedangankan si dia biasa-biasa sahaja?
Saya percaya, jika tidak semua pasti kebanyakkan di kalangan kamu semua pernah mengalami keadaan ini. Terutama kepada insan yang kita sayang dan kita suka. Kita sanggup buat apa sahaja untuk insan yang kita suka dan sayang itu. Kita sanggup berkorban, jiwa, raga, harta benda dan apa sahaja demi insan yang kita suka. Betul? Jadi, dari isu ini saya mahu urai pentingnya bertolak ansur dalam hubungan begini.

Sebagai pencinta, kita sering ingin mendengar, tahu khabar dan nak tahu segala-galanya tentang insan yang kita suka itu. Jangan terkejut jika insan yang menyayangi kita itu buat kerja gila. Sms kita setiap detik. Call kita setiap saat. Kerana perkara-perkara itu membuatkan dia bahagia.
Tapi sebagai manusia, kita juga ada life kita sendiri. Ada masanya kita perlu fokus pada perkara lain. Bukan mahu melayan kerenah dia sahaja. Betul tak? Jadi, di sini bertolak ansur adalah penting. Jika anda rasa anda perlukan ruang dan masa untuk bersendirian atau fokus pada sesuatu, berilah tahu dia. Jangan terus mendiamkan diri secara tiba-tiba. Pasti dia akan memikirkan hal yang bukan-bukan lebih-lebih lagi jika tidak berada di hadapan mata.
Ya, mungkin cara anda begitu. Tetapi, fikirkanlah. Jika anda berada di situasinya. Apakah anda sanggup orang yang kamu paling sayang dalam keadaan bahaya atau membimbangkan. Mungkin kerisauan dia buat kamu rimas. Tapi, percayalah. Kerisuan itu tanda sayang. Jika anda rasa anda tidak mahu di ganggu disebabkan kesibukan dan ingin bersendirian. Maklumkanlah kepada dia, kerana tolak ansur anda ketika ini amat melegakan hatinya agar dia tidak memikirkan hal yang bukan-bukan. Jangan kamu mengelorakan hatinya kerana dia terlalu mencintai kamu.
Seringlah bertolak ansurlah kamu dengan insan yang menyayangi kamu. Fungsi hubungan cinta adalah ingin berkongsi separuh jiwa dan cerita bersama. Bukan dikala sunyi baru kamu hubungi dia. Jika di kala terisi kamu abaikan dia. Mungkin dia belum bisa mengisi ruang hatimu sepenuhnya. Namun, jangan kau abaikan pri-halnya. Apakah perasaan kamu jika insan yang kamu sayang buat tidak endah dengan kamu? Begitulah situasinya.
Tolak ansur adalah salah satu kunci kebahagiaan. Saling ingat mengingati dan saling memahami. Jangan asyik dia sahaja memahami diri kamu sedangkan kamu tidak pernah mementingkan dia di hati kamu. Maklumkanlah sesuatu perkara itu kepadanya jangan kau mendiamkan diri secara tiba-tiba. Jangan kau abai setiap panggilan tidak berjawab darinya. Jangan kau abaikan setiap sms darinya. Kerana setiap kali kau abaikan, kau akan membuat hatinya pedih.
Jika kau abaikan panggilan tidak berjawabnya, apakah akan berlaku jika panggilan itu adalah panggilan kecemasan darinya? Sedangkan anda tidak menghubunginya semula. Besarkah erti kredit handphone anda dari kesedihan dan kehancuran insan yang menyayangi anda? Fikir-fikirkanlah. Walaupun hati kita kasar dan keras. Perlulah anda sensitif di dalam hal ini.
Bertolak ansur dari segala segi. Jangan dia sahaja memberi sedangkan kita hanya menerima tanpa ada rasa menghargai. Ingatilah hari penting di dalam hidupnya. Janganlah terlalu berkira kepadanya, sedangkan seinci keikhlasan dia tidak pernah dia meminta di balas. Bertolak ansurlah kamu dalam soal hati kamu. Jangan terlalu ikutkan egois kamu. Kerana bila dia hilang dari hidupmu, barulah kamu akan rasa kepedihan itu.
Jika dia marah, jangan kamu turut marah. Jadilah pendingin pada api kemarahannya. Jika dia merajuk, janganlah kau keraskan hatimu untuk memujuk walaupun kamu tahu dia tidak bisa merajuk lama dengan kamu. Sedangkann dikala kamu merajuk, dia tidak henti-henti cuba mengambil hati kamu semula. Dikala ada masalah, dia sering di sisimu. Tetapi, apakah pernah kamu bertanyakan masalahnya? Apakah kamu rasa kamu ada di sisinya di kala dia susah dan senang? Sesungguhnya, insan yang menyayangi kamu tidak akan sanggup menutur kata yang mengores hati kamu. Jika dia terlepas kata sekalipun, dia akan memohon maaf sesungguh hati dan bersungguh-sungguh memohon maaf. Kasih seorang sahabat perlu memahami, kasih seorang kekasih perlu difahami.
Pupuklah hati kamu dengan sikap tolak ansur. Nescaya hubungan itu akan kekal dan bahagia selamanya....









