Mengenali apakah cinta itu palsu atau sejati memang sukar. Maka banyak orang terjebak dalam kepalsuan cinta, atau selamanya hidup dalam kekeliruan. Apalagi kalau sudah dimabuk asmara.

Adakah cinta sejati? Ada tips sederhana untuk mengetahui apakah itu cinta sejati atau bukan. Semua ada tanda-tandanya.

Tanda-tanda cinta itu bukan cinta sejati, adalah kalau kamu:

  • Merasa pasanganmu sempurna.
Kalau sudah merasa begitu, maka kamu akan menuntutnya selalu sempurna. Jika dia menegur kesalahan kamu, kamu akan marah dan kecewa. Pelikkan? Kita hanya manusia mana ada yg sempurna.

  • Mengutamakan keperluanmu
Kamu selalu merasa keperluanmu di atas segalanya, dan keperluan pasangamu nanti sahaja dulu. Dah tak betul ni, kalau memang cinta tanpa egois begini kah?

  • Lebih suka jalan sama orang lain
Aneh kan? Anda lebih suka jalan sama teman-teman daripada sama pasanganmu. Ertinya kamu tidak cintakan dia?

  • Mudah cemburu
Cemburu tanpa alasan, ertinya kamu merasa tidak percayakan dia.

  • Mudah bertengkar
Ada masalah kecil saja, terus bergaduh. Susah berkomunikasi secara baik-baik. Susah saling memahami dan menghargai perbezaan.


Kalau tanda-tanda di atas banyak ditemui pada kalian berdua, kemungkinan besar dia memang bukan cinta sejatimu. Kamu bersama hanya kerana luaran dan bukan kerana hati, atau ada faktor lain.

Renung-renungkan...



Read Users' Comments ( 0 )


Assalamualikum & Salam Sejahtera

Lama rasanya saya tidak update blog ini. Kesibukan yang melada diri ini sejak akhir-akhir ini menyebabkan masa yang ada menjadi terbatas. Sejujurnya saya ini seorang yang suka berblogging. Menjengah blog rakan-rakan membaca entri-entri menarik mereka. Selain dapat menambah ilmu pengetahuan. Saya juga dapat tergelak dan menceriakan suasana bila ada entri yang mencuit hati.

Untuk entri kali ini, saya ambil dari sebuah blog yang sering saya layari. Saya tertarik dengan perbezaan yang blogger ini buat mengenai perbezaan sikap manusia yang kamu cintai itu turut mencintai kamu atau tidak. Setiap isu yang dikupas pada jadual di bawah benar-benar menepati sikap manusia yang telah di maksudkan. Mari sama-sama kita membacanya.


Jika Dia Cintai KamuJika Dia Tidak Cintai Kamu
Setiap miss call kamu pasti dia akan membalasnya dengan call juga kerana dia khuatir miss call itu adalah panggilan kecemasan dari anda. Sesibuk mana pun dia akan curi sedikit masa nak jawab call. kalau dia tak jawab bermakna dia sibuk dan selepas dia tak sibuk pasti dia akan call kamu dengan keadaan yang sangat risau.Setiap miss call kamu dia balas dengan SMS sahaja tanya: 'Kenapa?' sebab dia tidak merisaukan kamu walaupun dia sedang duduk goyang kaki kat rumah sambil online Facebook. Kalau dah tak sibuk pun dia tak akan call sebab kredit handphone baginya terlalu berharga dari diri anda.
Setiap hadiah pemberian kamu akan dihargai dan dia tidak sabar-sabar ingin melihat isinya kerana setiap pemberian kamu adalah yang paling istimewa baginya.Setiap pemberian kamu dia hendak tidak hendak sahaja menerimanya. Sering berlengah-lengah untuk dibukanya. Sebaliknya kamu yang lebih teruja untuk melihat dia membuka hadiah kamu
Setiap pemberian kamu akan di jaga dengan baik dan akan disimpan di ruang khas di dalam bilik atau almarinya. Jika sesuatu itu yang comel pasti dia akan letak di tempat yang selalu dia boleh lihat kerana setiap kali melihat pemberian kamu pasti akan mengundang rasa bahagia di hatinyaDia akan meletakkan pemberian kamu di mana sahaja dia suka. Kadangkala sampai berhabuk pun dia tidak akan bersihkan kerana baginya, pemberian itu biasa-biasa sahaja walaupun anda memberinya sesuatu yang berjenama dan mahal.
Jika anda memaklumkan anda ingin bertemunya atau ingin ke tempatnya dia adalah manusia yang paling teruja dan suka. Malahan tidak sabar-sabar untuk menunggu saat itu. Jika boleh ingin diputarkan waktu secepatnya.Jika anda memaklumkan anda ingin bertemunya atau ingin ke tempatnya dia hanya jawab biasa-biasa sahaja. Jika anda tidak jadi ke tempatnya, sedikit pun dia tidak rasa sedih. Sebaliknya akan berkata. "Tak apalah tak ada rezekilah tu."
Jika anda mengucapkan 'saya sayang awak', lekas dia menjawab ayat yang sama tanpa menunggu lama. Walaupun dia sedang berhadapan dengan majikannya dia tetap membisikannya walaupun dalam nada berbisik.Jika anda mengucapkan 'saya sayang awak', dia hanya akan cakap, 'Okey, terima kasih'. Sebagai insan yang mencintai dia, anda pasti akan merasa diri anda begitu hina kerana terhegeh-hegeh padanya.Kalau dia balas pun kata-kata sayang tu. Dia teragak-agak dan sekadar kedengaran perlahan. Alasan yang diberikan takut family dengar walhal bilik dia tu dinding tebal. Menjerit pun belum tentu orang di luar boleh dengar.
Dia tidak teragak-agak ungkap kata sayang dan mengelar kamu dengan gelaran yang romantik-romantik.Jangan harap nak dengar perkataan 'sayang' digelar untuk anda. Kalau dia sebut 'sayang' pun, biasanya untuk kata-kata tertekan/gurauan. Contoh: "Yalah sayang oi..." langsung tak lahir dari hatinya.
Dia akan selalu menelefon anda. Sehari tak dengar suara memang tak boleh. Sekurang-kurangnya, sebelum tidur pasti akan mengucapkan selamat malam dan saya sayang awak. Call, bukan SMS ya? Walaupun hanya untuk 30 saat sahaja.Dia hanya akan menghubungi anda bila dia dapat panggilan percuma Hari jadi, atau panggilan combo RM4 untuk sehari. Kalau tak ada panggilan kombo tu, jangan harap dia nak call kamu. Itu pun selepas dia puas telefon kawan-kawan dia, baru dia hubungi kamu.
Jika kamu merajuk dan manja-manja nak merajuk. Sedaya upaya dia akan pujuk. Call anda berjuta-juta kali. SMS anda banyak-banyak kali supaya anda terpujuk dalam seharian tu.Jika anda merajuk, dia boleh buat-buat tak tau. Silap-silap dia bukak topik lain atau menyanyi. Dia tak akan sesekali sensitif dengan perasaan anda. Tak akan berusaha menyakinkan anda. Kerana pada dia, buat apa nak pujuk. Lantaklah sebab dia tak bimbang akan kehilangan kamu. Dia akan mengabaikan merajuk kamu kerana dia dah set dalam minda, merajuk kamu tidak lama dan pasti kamu akan kembali kepadanya semula.
Kalau kat facebook tu, setiap status atau post anda pasti akan dia komen dan berlanjutan jik dia ada masa terluang. Tidak kiralah komen-komen tu rasmi atau tidak. Kalau sesibuk mana pun dia, dia pasti akan klik 'like' pada status anda itu.Dia akan klik 'like' je. Tupun buat ada-ada je biar kamu tidak berkecil hati. Nak komen yang bukan-bukan jangan haraplah. Tapi, kalau kat FB kawan dia yang dia suka, meleret aje komen-komen dia.
Jika anda dalam kesusahan dia akan sedaya upaya ingin menolong andaJika anda dalam kesusahan dia akan berusaha tapi dia perlukan masa.
Kalau anda dalam keadaan sedih, dia akan call anda sekerapnya. Memujuk dan memberi semangat pada anda. Walaupun kredit habis dia tetap segera top-up dan call anda dan pastikan anda betul-betul dah tak sedih baru dia tak call lagi.Dia hanya akan call anda kalau ada call free atau call combo RM4 untuk sehari. Kalau tak, jangan haraplah. Dia hanya SMS je.. tu pun bagi kata-kata semangat yang pendek. Ayat yang paling kerap dia type: "Sabarlah..."
Setiap kali berSMS, pasti dia akan mengakhiri SMS dia dengan pertanyaan dan menaip SMS yang panjang-panjang menandakan dia tidak mahu terputus SMS dgn anda sampailah masing-masing nak tidur jika ada masa kelapangan.Kalau berSMS dengan dia, anda je paling banyak tanya. Dia pulak hanya menjawab. Kalau anda bagi SMS yg tiada pertanyaan, dia akan terus diam dan malas nak SMS-SMS lagi walaupun diketika itu dia sedang duduk bersantai keboringan tak tau nak buat apa.
Dia akan membalas setiap SMS anda tanpa jemu selain dia benar-benar sibuk. Setiap SMS anda akan dibalas dengan secepatnya dan dia takkan lekang dari handphone dia.Setiap SMS anda memakan masa dia nak balas. Kekadang 15 minit sekali baru balas. Itu tandanya SMS anda dia buat endah tak endah sahaja disebabkan dia malas atau lebih menyibukan diri sms/chat/call kawan dia yang lain atau buat kerja lain dari melayan SMS anda.
Kalau keluar berjalan-jalan, dia akan selalu berjalan di sisi anda. Kalau ada orang ketiga (kawan), dia tetap bersama anda walaupun kawan anda itu adalah kawan baik dia.Dia akan jalan di sisi anda tapi mata akan melihat setiap kedai yang ada seolah dia boring keluar dengan anda. Kalau ada orang ketiga (kawan), dia akan lebih mesra dengan kawan itu walaupun kawan itu adalah kawan baik anda.
Dia akan ingat setiap tarikh-tarikh penting di dalam hidup anda seperti tarikh lahir anda, tarikh perkenalan anda dan kiraan hari perkenalan anda.Kadangkala, tarikh lahir anda pun dia lupa, inikan lagi nak ingat ulang tahun hubungan kalian
Bila menjelang hari lahir anda, dialah orang pertama yang akan call dan SMS anda tepat jam 12 malam. Call dan ucap dan mungkin nyanyi lagu hari jadi untuk anda. Kerana dia ingin anda tahu dia adalah manusia yang selalu ingatkan anda.SMS je... lagu hari jadi. Macam tak ikhlas langsung bagi ucapan bila menjelang hari jadi anda. Kadang-kadang sengaja dia SMS awal sebelum jam 12 malam dengan alasan takut lupa dan mungkin sibuk konon-kononnya
Jika ingin bertemu, dia akan merancang sebaiknya bersama-sama anda sebagai contoh plan percutian atau camping. Dia akan uruskan segala-galanya.Dia lebih banyak iyakan sahaja apa yang anda rancang. Kamu yang berlebihan sebaliknya. Sedangkan dia biasa aje. Dan mungkin jika pertemuan itu melibatkan orang ketiga (kawan) baru dia teruja. Itu tandanya, dia ingin bertemu dengan kamu bukan disebabkan kamu semata-mata. Tapi disebabkan orang ketiga itu. Silap-silap dia suka dengan orang yang ketiga tu walaupun orang ketiga itu anda kenal dan mungkin kawan baik anda.


Bagaimana? Adakah anda pernah melalui situasi yang telah dijadualkan di atas? Saya pasti ada salah satu atau salah dua atau tiga pernah menerjah hidup anda bila kita hanya bertepuk sebelah tangan. Saya rasa perbezaan yang telah dibuat boleh dijadikan rujukan untuk anda menilai insan yang anda cintai ketika ini sama dia membalas cinta anda atau tidak. Ingat kalian semua. Andai kamu benar-benar mencintai dia, balaslah perasaannya. Jika tidak, kamu berterus terang sahajalah dan jangan terus menyiksanya. Sesungguhnya, memberi harapan yang tiada itu amat kejam. Renung-renungkan....



Read Users' Comments ( 0 )




Erti bertolak-ansur ialah tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata,baik dalam mengadapi apa jua masalah kehidupan,tanggungjawab serta tugas yang diamanahkan.Atau dengan lain perkataan lagi,tidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain.

Orang yang bertolak ansur tidak suka membalas dendam sebaliknya mudah memaafkan kesalahan orang.Dengan bertolak ansur,akan terjalin keharmonian hidup.

Pergaduhan dan perkelahian mudah berlaku daripada orang yang tidak bertolak ansur.Aktibatnya,timbul perasaan ingin membalas dendam dalam diri masing-masing.Sifat membalas dendam ini sangat tidak digemari oleh Islam.

Islam sebaliknya menyuruh kita bertolak ansur kerana dengan bertolak ansur,akan terhasil keharmonian hidup bermasyarakat.

Tapi pos kali ini saya nak membincangkan tentang erti bertolak ansur dalam percintaan. Mungkin berulang kali kita dengar kisah percintaan yang berlaku berat sebelah. Tiada give and take, cinta tidak berbalas, pasangan tidak sehaluan dan sebagainya. Tapi, pernahkah anda fikir punca di sebelaik permasalahan itu?

Semua orang asyik di lamun cinta. Semua orang seronok di lamun cinta. Gembira dan asyik berbahagia. Tapi, pernahkah anda dilanda kebosanan, ketertekanan dan mengalami gelodak jiwa bila anda merasakan diri anda bagai terlalu beria sedangankan si dia biasa-biasa sahaja?

Saya percaya, jika tidak semua pasti kebanyakkan di kalangan kamu semua pernah mengalami keadaan ini. Terutama kepada insan yang kita sayang dan kita suka. Kita sanggup buat apa sahaja untuk insan yang kita suka dan sayang itu. Kita sanggup berkorban, jiwa, raga, harta benda dan apa sahaja demi insan yang kita suka. Betul? Jadi, dari isu ini saya mahu urai pentingnya bertolak ansur dalam hubungan begini.


Sebagai pencinta, kita sering ingin mendengar, tahu khabar dan nak tahu segala-galanya tentang insan yang kita suka itu. Jangan terkejut jika insan yang menyayangi kita itu buat kerja gila. Sms kita setiap detik. Call kita setiap saat. Kerana perkara-perkara itu membuatkan dia bahagia.

Tapi sebagai manusia, kita juga ada life kita sendiri. Ada masanya kita perlu fokus pada perkara lain. Bukan mahu melayan kerenah dia sahaja. Betul tak? Jadi, di sini bertolak ansur adalah penting. Jika anda rasa anda perlukan ruang dan masa untuk bersendirian atau fokus pada sesuatu, berilah tahu dia. Jangan terus mendiamkan diri secara tiba-tiba. Pasti dia akan memikirkan hal yang bukan-bukan lebih-lebih lagi jika tidak berada di hadapan mata.

Ya, mungkin cara anda begitu. Tetapi, fikirkanlah. Jika anda berada di situasinya. Apakah anda sanggup orang yang kamu paling sayang dalam keadaan bahaya atau membimbangkan. Mungkin kerisauan dia buat kamu rimas. Tapi, percayalah. Kerisuan itu tanda sayang. Jika anda rasa anda tidak mahu di ganggu disebabkan kesibukan dan ingin bersendirian. Maklumkanlah kepada dia, kerana tolak ansur anda ketika ini amat melegakan hatinya agar dia tidak memikirkan hal yang bukan-bukan. Jangan kamu mengelorakan hatinya kerana dia terlalu mencintai kamu.




Seringlah bertolak ansurlah kamu dengan insan yang menyayangi kamu. Fungsi hubungan cinta adalah ingin berkongsi separuh jiwa dan cerita bersama. Bukan dikala sunyi baru kamu hubungi dia. Jika di kala terisi kamu abaikan dia. Mungkin dia belum bisa mengisi ruang hatimu sepenuhnya. Namun, jangan kau abaikan pri-halnya. Apakah perasaan kamu jika insan yang kamu sayang buat tidak endah dengan kamu? Begitulah situasinya.

Tolak ansur adalah salah satu kunci kebahagiaan. Saling ingat mengingati dan saling memahami. Jangan asyik dia sahaja memahami diri kamu sedangkan kamu tidak pernah mementingkan dia di hati kamu. Maklumkanlah sesuatu perkara itu kepadanya jangan kau mendiamkan diri secara tiba-tiba. Jangan kau abai setiap panggilan tidak berjawab darinya. Jangan kau abaikan setiap sms darinya. Kerana setiap kali kau abaikan, kau akan membuat hatinya pedih.

Jika kau abaikan panggilan tidak berjawabnya, apakah akan berlaku jika panggilan itu adalah panggilan kecemasan darinya? Sedangkan anda tidak menghubunginya semula. Besarkah erti kredit handphone anda dari kesedihan dan kehancuran insan yang menyayangi anda? Fikir-fikirkanlah. Walaupun hati kita kasar dan keras. Perlulah anda sensitif di dalam hal ini.

Bertolak ansur dari segala segi. Jangan dia sahaja memberi sedangkan kita hanya menerima tanpa ada rasa menghargai. Ingatilah hari penting di dalam hidupnya. Janganlah terlalu berkira kepadanya, sedangkan seinci keikhlasan dia tidak pernah dia meminta di balas. Bertolak ansurlah kamu dalam soal hati kamu. Jangan terlalu ikutkan egois kamu. Kerana bila dia hilang dari hidupmu, barulah kamu akan rasa kepedihan itu.

Jika dia marah, jangan kamu turut marah. Jadilah pendingin pada api kemarahannya. Jika dia merajuk, janganlah kau keraskan hatimu untuk memujuk walaupun kamu tahu dia tidak bisa merajuk lama dengan kamu. Sedangkann dikala kamu merajuk, dia tidak henti-henti cuba mengambil hati kamu semula. Dikala ada masalah, dia sering di sisimu. Tetapi, apakah pernah kamu bertanyakan masalahnya? Apakah kamu rasa kamu ada di sisinya di kala dia susah dan senang? Sesungguhnya, insan yang menyayangi kamu tidak akan sanggup menutur kata yang mengores hati kamu. Jika dia terlepas kata sekalipun, dia akan memohon maaf sesungguh hati dan bersungguh-sungguh memohon maaf. Kasih seorang sahabat perlu memahami, kasih seorang kekasih perlu difahami.

Pupuklah hati kamu dengan sikap tolak ansur. Nescaya hubungan itu akan kekal dan bahagia selamanya....



Read Users' Comments ( 0 )

Assalamualaikum.... & Salam sejahtera...

Semenjak ada blog sendiri ini. Kerjanya asyik mahu luahkan perasaan sahaja di blog mengenai keindahan perasaan. Mungkin ada yang mengatakan saya jenis jiwang dan jiwa-jiwa. Tetapi, saya tidak kisah kerana itu adalah diri saya. Itulah saya dan saya mencuba menjadi diri saya di dalam blog ini.

Tajuk entri kali ini nyata-nyatanya khas untuk yang merindu dan dirindu. Sesiapa sahaja di dunia ini pasti pernah merasakan perasaan rindu. Rindu juga boleh diluahkan dan ada jugak hanya dipendam. Rindu boleh diluahkan dengan pelbagai cara melalui pelbagai medium, pendekatan dan alat. Rindu satu perasaan yang cukup indah. Tetapi, ada juga yang merasakan rindu itu menyakitkan.

Post kali ini saya ingin berkongsi dengan kalian semua mengenai rindu yang indah dan rindu yang menyakitkan. Sekadar berkongsi sedikit pengalaman yang saya ada. Mungkin ada banyak sebab rindu yang indah itu boleh menjadi menyakitkan. Tetapi di blog ini saya hanya meluahkan sedikit sahaja. Jika ingin diluahkan semua pasti tidak cukup pula masa dan ruang yang ada. Rindu yang ingin saya ulas berkaitan dengan rindu sesama manusia yang bercinta.

Bila Rindu Itu Indah.

Bila masakah rindu itu sangat indah dan membahagiakan?

Bila insan yang kita rindu itu turut merindui kita. Bila insan yang kita rindui itu menyatakan 'saya rindu awak' melalui SMS, Panggilan telefon, YM, FB dan sebagainya. Sesungguhnya tiada yang mengindahkan hati kita bila insan yang kita rindui turut merindui kita. Lebih-lebih lagi insan yang kita rindui itu adalah insan yang kita cintai. Pasti akan membahagiakan.

Jangan sangka, bila dia senyap dia tidak rindu kita. Sesungguhnya, rindunya lebih mendalam dari rindu anda yang sering menuyebut-nyebut tentang kerinduan anda.

Rindu tidak pernah kenal jarak dan usia. Rindu tidak kenal jantina dan punca. Rindu sesuatu yang universal. Subjektif. Yang boleh diletakkan di mana-mana. Rindu kawan, keluarga, ayah dan ibu, dan sesuatu. Semua itu adalah rindu.

Rindu yang indah adalah bila kita dapat melepaskan kerinduan itu. Nikmatnya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.



Bila Rindu Itu Menyakitkan...

Bila rindu kita tidak berbalas. Kita setiap hari hantar kata rindu pada si dia. Namun, sekali pun dia tidak pernah melepaskan kata rindu. Rindu itu amat menyakitkan. Kepada anda yang sudah memilik insan tersayang. Janganlah anda mengabaikan nota atau SMS kata rindu insan tersayang anda. Kerana, setiap kali kamu mengabaikan sms rindunya tanpa membalas kata rindu juga. Nescaya kamu sudah mengores hatinya tanpa sedar. Dia akan merasakan dirinya bagi terhegeh-hegeh merindui anda.

Ini khas untuk lelaki yang tinggi egoisnya. Rutuhkan sedikit egois anda untuk insan yang menyayangi anda. Tidak hilang kemachoan anda jika anda menaip ' I Miss You' pada insan yang mencintai anda walaupun diri anda masih belum bisa menerima dirinya sepenuhnya. Jika ungkapan itu disebut berulang kali. Insyaallah, perasaan sayang kamu pasti akan melekat pada dirinya suatu hari nanti.




Bila insan yang dirindui terlalu jauh. Rindu ini juga menyakitkan. Setiap hari terpaksa merasakan perasaan rindu yang sangat kuat. Namun tidak boleh dibayar disebabkan jarak. Tetapi rindu ini tetap diseliti rasa indah kerana rindu itu tanda mengingati. Rindu itu tanda menyinta. Rindu itu tanda sayang. Jadi, rindulah insan yang menyayangi dan mencintai kamu sedalamnya seperti dia merindukan kamu...

Renung-renungkan....

Wassalam...



Read Users' Comments ( 0 )

Asssalamualaikum dan salam sejahtera...

Mungkin ada tertanya, apalah tajuk pos kali ini seperti pelik sahaja bukan? Emmm... mungkin pelik sebab dia percampuran dua bahasa. Iaitu, bahasa Melayu dan Inggeris. Apa yang 'nothing'? dan apa yang 'beautiful'? itulah yang saya ingin ulaskan. Jika kita lihat pada gambar yang saya sisip di blog ini. Sudah pasti ianya berkaitan dengan cinta.

Hari ini, mungkin perkahwinan yang dirancang oleh keluarga seperti perkahwinan orang dulu-dulu sudah tidak berlaku. Remaja zaman ini lebih gemar mencari pasangan sendiri. Tidak dinafikan, kadangkala pilihan kita itu tepat dan membawa kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Dan ada juga yang terputus di tengah jalan. Di sini saya bukan mahu ulas lebih lanjut mengenai hal jodoh. Kerana kita semua sudah tahu, jodoh pertemuan, ajal dan maut sudah ditentukan sejak azali lagi. Ketentuan yang kita tidak boleh elak sehingga nyawa terpisah dari badah.

Isu yang saya akan kupas berkaitan dengan hal mencari seseorang atau cinta yang benar-benar bahagia berlandaskan tujuan yang dikehendaki. Cinta kerana nafsu semata-mata adalah cinta yang perlu dijauhi kerana cinta sebegini tidak pernah kekal. Sekejap ada dan sekejap tiada seperti bisukut cips. Bila ketandusan nafsu hubungan kembali erat. Bila sudah puas, hubungan renggang begitu sahaja. Kita tidak mahu hubungan sebegitu kerana hubungan sebegitu amat menyakitkan. Jalani hidup bahagia dengan apa juga perasaan, Insyaallah akan bahagia berpanjangan. Jika tidak berpanjangan pun di sebabkan ketetapan norma kehidupan, sekurang-kurangnya kebahagiaan itu bisa dikecapi semanis dan semaksimanya. Dan bukan tatkala 'gersang' baru diperlukan. Mari kita masuk ke topik yang sebenar.




Yang mudah itu 'nothing'!

Apa yang mudah? Apa yang 'nothing'? Nothing jika dialih ke bahasa Melayu menjadi, 'tiada apa-apa' atau istilah yang saya ingin gunakan disini adalah 'tiada makna'. Ianya masih berlandaskan perasaan dalam mencari atau menilai seseorang yang bakal kita cintai. Pernahkah kita alami cinta ekpress atau cinta segera? Baru kenal hari ini, kita mula tertambat hati hanya kerana keperibadiannya menarik, wajahnya indah dan sikapnya yang peramah? Pernah alami perasaan begitu? Bila masing-masing 'single' terus declare sebagai pasangan bercinta kerana kita merasakan insan yang kita tunggu-tunggu selama ini sudah kita temui. Masing-masing tanpa berfikir panjang terus sahaja declare tanpa mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu.

Dari pendapat saya mengikut pengalaman yang ada. Kebiasaannya, hubungan cinta segera ini tidak akan membawa apa-apa makna kelak bila hubungan itu terputus. Tiada kenangan indah dapat disisipkan. Itulah yang saya maksudkan di sebalik ayat di atas. Yang Mudah di miliki itu, kebiasanyaan tidak membawa kenangan yang mendalam suatu hari nanti. Just nothing! Jadi, janganlah terlalu laju atau pantas menerima seseorang itu sebelum mengenali hati budinya. Apa yang pasti cinta segera ini biasanya cinta yang berteraskan nafsu semata-mata. Tapi tidak semualah. Ada juga yang akhirnya membawa kebahagiaan yang berpanjangan.


Yang sukar itu 'beautiful'!

Pernah atau tidak anda perlu berusaha untuk memiliki seseorang? Atau memiliki sesuatu? Kita perlu berusaha dari segi mental, tenaga, hati dan perasaan. Sudah pasti anda semua pernah alaminya bukan? Kerana, apa yang kita inginkan di dalam dunia ini tidak semua boleh kita dapat. Tapi janganlah kerana mengejar sesuatu yang kita tak akan dapat, menyebabkan kita mengabaikan permata yang berkilau di hadapan mata.

Memiliki sesuatu itu dengan usaha yang jitu dan gigih, hasilnya pasti memuaskan hati. Pasti membawa seribu kebahagiaan yang boleh dihisap bersama. Kebiasaannya, hubungan yang memerlukan pengorbanan hati dan usaha ini lebih membawa maknya dihujungnya. Kelak bila hubungan itu tidak berpanjangan, pasti ada kenangan yang terindah boleh dikenang. Saat-saat suka duka semasa ingin meraih cintanya. Saat getir memupuk perasaan menyukai si dia. Pasti semua itu akan menjadi kenangan yang terindah di dalam hidup anda. Tidak banyak, sudah pasti sedikitnya ada. Insan yang boleh membawa kebahagiaan kepada kita adalah insan yang boleh menangis, ketawa, gembira dan berkongsi bahagia bersama. Insan yang perlu pengorbanan untuk bersama.

Itulah yang saya maksudkan di sebalik ayat ini 'Yang sukar itu 'beautiful'!'. Yang sukar itu selalunya membawa keindahan (beautiful dalam BI) dihujungnya. Ingat kalian semua, di dunia ini hidup penuh pancaroba. Kita sudah ditekankan sejak kecil dengan kata-kata ini. Berusaha + berdoa + tawakal = keberhasilan. Tiada sesuatu itu mudah diperolehi tanpa usaha. Nescaya sesuatu yang dimiliki itu mudah diperolehi, pasti mudah jualah dilupakan. Sesuatu yang sukar untuk dimiliki itu dan bila sudah berjaya dimilki, pasti sukar untuk dibuang atau dilupakan suatu hari nanti. Jadi, renung-renungkan...

Wassalam...



Read Users' Comments ( 0 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Post kali ni saya nak ulas serba sedikit tentang bahasa EWWW... Zaman ini, kecanggihan teknolgi telah mencetuskan pelbagai ejaan yang kadangkala, mencetus ketidakfahaman bangsa asing untuk memahami penulisan dalam Bahasa Melayu hanya kerana sesetengah dari kita telah memngubah beberapa angsara ejaan untuk nampak comel dan bukan kedengaran comel. Mungkin hanya sekadar suka-skuka. Tapi hakikatanya, bahasa atau ejaan begini bakalan merosakkan bahasa kita sendiri di kemudian hari untuk genarasi baru.

Tidak salah menggunakan perkataan ringkas di YM, FB, MS, FS, SMS dan sebagainya. Tetapi gunalah ayat dan ejaan yang betul dan bukan mengubah ejaannya. Sebagai contoh perkataan-perkataan bahasa pasar yang sudah diperubah dengan gaya yang kononnya comel.

Aje = Jeww
Gitu = Giteww
Gila = Gileww
itu = itew

Ini adalah sebahagiannya sahajalah. Jika kita perhatikan, pengubahsuaian ejaan ini bukanlah sesuatu yang dicipta untuk menjimatkan ruang SMS, Chat atau komen. Sebaliknya ianya satu pembaziran. Mungkin sebab lain kenapa pengubah perkataan ini menggunaan ejaan begini, disebabkan papan kekunci laptop atau hand phone mereka ada yang hilang dicuri tikus atau tanggal sebab kuat sangat menghentak semasa menaip.

Mungkin ada yang menganggap, hal ini small the matter. Tapi hakikatnya, kesan jangka masa panjang mungkin akan membebankan generasi baru untuk memahami lebih mendalam mengenai bahasa kita. Mungkin mereka akan confuse, mengenai ejaan yang sebenarnya. Ya, mereka semua mungkin ke sekolah. Apa pula pandangan orang asing yang ingin belajar Bahasa Melayu melalui Facebook jika orang kita sendiri masih mengekalkan ejaan sebegini. Bahasa kita jiwa bangsa. Renung-renungkan. Bukan mahu menyindir sekadar ingin mengingatkan..

Oklah, di bawah ini. Saya menyelitkan sekali video dari Anuar Hadi yang turut mengulas mengenai isu ini. Selamat menonton.

Wassalam




Read Users' Comments ( 0 )


Tajuk entri kali ini agak klise. Dua perkara dan dunia perasaan yang sangat berbeza. Ramai para rakan-rakan saya bertanyakan tentang masalah cinta mereka. Terutama rakan perempuan. Kerana mereka lebih banyak mengalami masalah percintaan berbanding dengan lelaki yang memilki egois yang terlalu tinggi. Saya bukan pakar atau doktor cinta. Saya hanya manusia biasa yang ingin meluahkan pendapat melalui blogspot.

Manusia hanya makhluk biasa yang sama dengan makhluk-makhlauk lain. Punya kelebihan dan kekurangan yang tidak dapat dinafikan. Cuma bezakanya manusia dengan makhluk-makhluk yang lain ialah, manusia diberi akal untuk bekerja sama dengan hati bagi menghasilkan satu keputusan yang jitu dan tepat.

Namun, dalam menilai sesuatu perasaan, tidak semudah yang di sangka. Dalam si akal dan si hati menilai, tetap ada virus yang terlalu kuat untuk ditepis. Virus itu adala nafsu dan mata kasar. Dua medium ini sangat bahaya andai perasaan kita yang bersifat sebagai antivirus tidak bisa melawannya. Dalam membuat penilaian dalam mencari sinar bahagia iaitu dalam menilai cinta seseorang, perasaan kita perlu teguh pada akal dan hati. Jika perasaan kita goyah pada nafsu dan pandangan mata kasar. Kemungkinan hasil penilaian anda bakalan membawa keperitan. Dari kebahagiaan.

Ya, mungkin kita sering sahaja keliru dengan hati dan perasaan. Sering timbul istilah, bab hati dan perasaan tidak boleh dipaksa-paksa. Memang kebenaran ayat itu adalah 80%. Selebihnya tidak. Siapa kata kita tidak boleh paksa perasaan kita? Sebenarnya boleh andai kita memiliki tujuan dan motif yang sama dalam sesuatu perhubungan.

Sebagai contoh, kita ingin seseorang yang indah pekertinya. Indah budinya. Indah personalitinya dan indah wajahnya. Tetapi dalam pencarian anda, anda sudah menemui seseorang yang indah wajahnya, indah personalitinya dan indah budinya. Tetapi, pekertinya tidak memuaskan hati. Disebabakan pekertinya anda lebih ke kancah derita yang terpemdam. Apakah kita hanya akan membiarkan hati terus berendam pedih kerana dia indah hanya pada pandangan mata kita, sedangankan pekertinya terus mengores-gores hati kita? Sampai bula kita mahu terus bertahan?

Ya, kalau dah sayang. Penantian itu sanggup ditunggu. Tapi, apalah ada pada penantian yang hanya akan menyakitkan dan membawa lebih bencana dari menerima sesuatu yang lebih membahagiakan dan menyenangkan di kemudian kelak. Saya mengambil contoh hubungan cinta manusialah. Senang ingin dibuat perbandingan.

Hal ini berlaku banyak kali pada teman-teman saya, bila sering ditinggal kerana insan ketiga. Sering makan hati bila kekasih hati mula beralih arah. Bertepuk sebelah tangan kerana diri tidak punya pekej lengkap untuk menjadi rebutan. Setulusnya, apalah ada pada keindahan luaran andai dalamnya hitam dan berlumpur. Tidak dinafikan, 98% manusia di dalam dunia ini ingin mencari pasangan hidup atau berangan inginkan pasangan hidup yang handsome, cantik, ayu, macho dan segalanya. Terkadang sampai terlupa pada tujuan hubunagn itu. Sehingga sanggup menyerahkan apa yang tak sepatutnya hanya kerana 'sayang'. Sehingga ada yang sanggup 'bersama' sebelum berkahwin.

Saya di sini bukan ingin membahas isu dosa dan pahala. Apa yang dicoretkan sekadar ingin dijadikan perbandingan. Menilailah seseorang itu jika boleh gunalah akal dan mata hati. Jangan serahkan kepada nafsu dan pandangan mata kasar. Kerana jika dua medium ini bergabung, dan perasaan kita goyah dari mengikut akal dan hati, tidak mustahil anda akan ke kancah yang lebih teruk dan menyakitkan di hujungnya. Hanya pada awalnya keseronokan itu melanda.

Gunalah hati dan akal untuk nenilai seseorang itu. Tidak semua apa yang kita nak di dalam dunia ini kita akan miliki. Tiada kesempurnaan dalam dunia. Terkadang, yang terlalu sempurna luarannya itulah, kecacatan dalamannya lebih teruk. Andai kamu menuruti hanya mengikut pandangan mata kasar dan nafsu, saya boleh klasifikasikannya, tujuan hubungan itu hanya kerana nafsu semata-mata.

Namun, andai kamu menilai seseorang itu kerana hati, pekerti dan hatinya. Insyaallah kebahagiaan itu akan menjadi miliki kamu semaksimanya berbanding, menuruti perasaan dan nafsu. Seronoknya hanya permulaannya, bila sudah bosan hujungnya merana. Dan mungkin tidak bertahan lama. Ingatlah. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memiliki hati yang suci dan bersih. Apalah ada pada rupa. Rupa boleh hilang dalam sekelip mata. Ketulusan, keujuran dan kesucian hati sukar dicalari selagi terus disetiai... ingatlah kalian semua. Carilah insan yang boleh membawa kepada kamu lebih kebahagiaan dan kesakitan.

Maaf jika saya sudah melalut. Sebelum nak close entry ni. Ingatlah kalian semua, untuk memilik seseorang yang boleh membawa sinar bahagia dengan kamu. Nilailah dia dengan padangan mata kasar, mati hati, perasaa dan akal. Timbanglah sebaiknya. Kenalinya sedalamnya mengikut kadar masa yang bersesuaian sebelum memilikinya. Hubungan yang terlalu cepat terjalin dan tanpa dugaan dalam sesebuah hubungan itu tiada bermaknda bila terputus kelak. Berbanding hubungan yang awalnya terlalu sukar untuk bersama, andai berpisah kelak, pasti kerinduan itu akan kekal sehingga mati.

Sekian dulu... wassalam...



Read Users' Comments ( 0 )





Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Tergetar-getar juga tangan ini ingin menaip sebenarnya. Yalah, ini adalah post pertama saya di dalam blog yang baru dibuka ini. Selama ini saya selalu mendengar blogspot. Dan menganggap blogspot ini sesuatu yang sangat melecehkan. Saya suka membaca blog orang sahaja. Tapi, bila semakin hari semakin seronok melihat blog rakan2 yang semakin berkembang membuatkan saya berminat untuk berkongsi apa yang saya minat di dalam blog. Apa salahnya mencuba. Selagi kerajinan ini masih ada. Jadi, cubalah menaip untuk tatapan pembaca yang entah ada ntahkan tidak ini.

Pertama di blog ini saya ingin berkongsikan tentang novel terbaru yang baharu sahaja saya selesai baca. Novel yang saya maksudkan adalah CUCUR BAWANG & KOPO 'O'. Tajuknya sahaja sudah unik dan menarik. Mempunyai aura tersendiri. Membaca tajuknya sahaja sudah membuatkan kita terfikir, sudah pasti novel ini berkisarkan tentang cucur bawang dan kopi 'o' dan terfikir apa kaitan novel ini dengan dua jenis makanan itu.

Sejujurnya, pada bab satu cerita ini pun sudah ada plot komedinya. Pertembungan watak utamanya telah ditemukan dengan satu tragedi masam muka bila heroinnya, Rudiana melanggar kereta hero, Iskandar semasa dia seding melarikan diri dari abang penjual cucur bawang. Kerana lapar, Rudiana yang berperwatakan sedikit kasar ini telah mencuri cucur bawang dari gerai berhampiran untuk mengisi perutnya.

Dari perlanggaran kecil itu membuatkan mereka bergaduh-gaduh manja. Yang paling perit bila Rudiana memukul celah kelangkang Iskandar dengan lututnya menyebabkan lelaki itu benci dengan Rudiana. Bab satu sahaja, saya baca dah tergelak-gelak. Bahasa yang digunakan si penulis sangat santai tidak memerlukan kefahaman sastera yang terlalu tinggi.

Saya tak nak cerita keseluruhan tentang novel ini. Ttidak adillah pada mereka yang belum baca, bukan? Jadi, saya mengulas sedikit sahaja mengenai novel ini. Apa yang pasti di dalam novel ini, tidak menerapkan unsur percintaan semata-mata. Mungkin ramai yang sudah terbiasa dengan novel atau cerita sebegini. Kahwin kontrak. Tapi penggarapan penulis yang menyeliti unsur suspen, komedi, romantik dan ruangan sakit hati bila munculnya watak jahat. Membuatkan emosi pembaca sentiasa bergolak dengan pelbagai perasaan.

Dari suka berukar, romatis. Dari romantis betukar pula sakit hati. Dari sakit hati bertukar pula sedih. Macam-macam emosi ada di dalam novel ini. Bergaul menjadi satu. Bukan setakat unsur percintaan sahaya di terapkan. Unsur persahabatan, kekeluargaan dan setiakawan juga tetap ada di dalam novel ini. Boleh dikatakan pada peminat novel cinta komedi romantik, novel ini sebuah naskah yang harus anda miliki. Ketebalannya hanya 709 muka surat. Mungkin tebal bagi sesetengah pembaca. Tapi bila anda sudah mula membaca, sukar untuk berhenti bila rasa suspens itu terus muncul dari bab ke bab yang lain.

Novel ini novel happy ending. Walaupun hujungnya kita sudah dapat menebak apa akan berlaku. Tetapi, suspen dan konflik yang tercetus di dalam novel ini benar-benar mendebarkan. Tahniah kepada penulisnya. Jika ingin berhubung dengan penulisnya melalui Facebook boleh hubunggi beliau di sini > Hasrudi Jawawi Official Facbook dan official FanPage Rudi Zone dan Official Blogspotnya, Rudy Zone.

Lima bintang untuk novel ini. Novel ini juga sudah berada di carta MPH Bestseller di tempat pertama tiga minggu berturut. Dan sudah enam minggu berada di carta TOP10 sehingga 13 Mac 2011.




Read Users' Comments ( 0 )